Pusat Kokurikulum

 

Pengenalan

Pusat Kokurikulum Universiti Malaysia Pahang telah ditubuhkan  pada 16 Januari 2009, sejajar dengan hasrat universiti untuk melahirkan insan yang seimbang dan bersahsiah tinggi.  Ia juga bertindak sebagai pemankin dalam melahirkan pelajar dari segi semangat jati diri, berinovasi, cekal dan mempunyai sahsiah yang tinggi melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum yang terancang dan berinovasi. Pusat ini berperanan dalam penawaran kursus-kursus berkredit kokurikulum universiti. Segala aktiviti ko-kurikulum dalam kursus yang ditawarkan, dirangka agar pelajar mendapat ilmu yang baharu.

Objektif

  • Memperkukuhkan dan memperkasakan program kokurikulum berkredit melalui perancangan dan pengurusan yang bersistematik.
  • Memberi  galakan kepada para graduan memilih program berdasarkan minat dan keupayaan masing-masing.
  • Melahirkan para graduan yang mempunyai jati diri yang tinggi, berilmu, berintegriti, kretif dan inovatif sejajar dengan kehendak universiti.
  • Merencana aktiviti kokurikulum  dan memberi pengiktirafan aktiviti kehidupan kampus melalui kaedah Learning Outcome (LO) & Kemahiran Insaniah (KI) selaras dengan modul kemahiran insaniah IPTA demi melahirkan pelajar IPT yang holistik dibidang IQ,EQ dan SQ.

Fungsi

1.Menyelaraskan Subjek berkredit kokurikulum kepada pelajar.

  • Buka penawaran subjek kepada semua fakulti.
  • Tambah/Buang(Add/Drob) subjek.
  • Penjadualan kursus.

 

2.Menguruskan dan melaksanakan aktiviti kokurikulum pelajar

  • Menguruskan kokurikulum 1
  • Menguruskan kokurikulum 2

 

3.Menguruskan peralatan Kokurikulum

  • Pembelian peralatan
  • Pinjaman peralatan.
  • Merekod menjaga dan menyelenggara peralatan

 

4.Mengurus dan menilai Subjek Kokurikulum.

  • Melaksanakan penafsiran dan penilaian.

 

5.Menyediakan pengkreditan tentang subjek-subjek baru.

  • Membuat kertas kerja dan silibus untuk dibawa ke Senat

 

6.Melantik jurulatih berkelayakan.

  • Perlantikan jurulatih.
  • Tuntutan elaun jurulatih/pembantu jurulatih.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

 

Ko-kurikulum Berkredit

Encik Zahiruddin Bin Mohd Zain

Penolong Pendaftar

Tel : 09-549 3160

Faks : 09- 549 2535

Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Badan Pelajar Kelab dan Persatuan

Encik Abdul Rahman Bin Ahmad

Penolong Pendaftar

Tel: 09- 549 2343

Faks: 09-549 2535

Email :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Kebudayaan & Seni Kreatif

Encik Mohd Zaki Bin Ahmad

Pegawai Kebudayaan

Tel : 09 - 549 2581

Faks : 09 - 549 2535

Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Latihan & Kepimpinan

En. Muhamad Faisal Bin Mohd Yasin

Penolong Pendaftar

Tel : 09-549 3158

Faks : 09-549 2535

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.