Bahagian Kaunseling & Kerjaya

FUNGSI

 

  • Menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan pelajar.
  • Menganjurkan program-program berkaitan kaunseling dan bimbingan pelajar.
  • Memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya secara individu dan kelompok.
  • Menyelaras perhubungan dengan pihak majikan dalam urusan pembangunan kerjaya.
  • Menguruskan hebahan dan makluman mengenai peluang-peluang kerjaya kepada pelajar.
  • Mewakili universiti dalam Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-universiti Malaysia (MAKUMA).

 

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN 

 

1) Bilik Kaunseling Kelompok

Bilik ini boleh memuatkan seramai 10 – 15 orang peserta bagi mengendalikan sesi kaunseling kelompok ataupun sesi perbincangan bersama kaunselor.

 2) Bahan Bacaan

Unit ini menyediakan bahan-bahan bacaan sampingan bagi menambah pengetahuan dan rujukan untuk menyediakan ceramah dan kertas kerja yang berkaitan.

 3) Inventori-inventori Psikologi

Terdapat pelbagai inventori psikologi seperti Ujian Minat Kerjaya Holland,Inventori Personaliti Sidek, Ujian Personaliti Kiersey, Inventori Gaya Bercinta, Inventori Personaliti Warna dan sebagainya.

 4) Papan Kenyataan

Maklumat mengenai peluang perkerjayaan dan bimbingan motivasi disediakan di ruangan ini agar informasi yang berguna dapat dikongsi bersama.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Kampus Gambang

Puan Paridah bt Mohd Ali

Pegawai Psikologi Kanan
Tel: 09-549 2538

Faks: 09- 549 2535

Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Kampus Pekan

Cik Siti Norni bt Mohd Daud

Pegawai Psikologi

Tel: 09-424 2367

Faks: 09- 424 2361

Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.