Latar Belakang SAffAD

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (SAffAD), Universiti Malaysia Pahang (UMP) ditubuhkan pada tahun 2002. SAffAD bertanggungjawab menguruskan kebajikan dan pembangunan pelajar bagi mendokong visi, misi, falsafah dan nilai teras Universiti.

 

OBJEKTIF  UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

 

VISI

·         Menjadi universiti teknologi bertaraf dunia.

 

MISI

 

·         Kami menyediakan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang tinggi kualitinya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang membudayakan kreativiti dan inovasi.

 

OBJEKTIF

 

1.     Melahirkan graduan yang berketerampilan melalui program kejuruteraan dan teknologi yang kompetitif.

2.     Menerajui inisiatif terkini dalam bidang penyelidikan yang berkaitan dengan industri.

3.     Menjadi peneraju dalam menyediakan perkhidmatan kepada industri dan masyarakat berdasarkan nilai dan bidang kepakaran.

4.     Diiktiraf sebagai sebuah institusi yang mengamalkan pengurusan dan budaya kerja cemerlang.

 

FALSAFAH

 

Kepercayaan bahawa ilmu adalah amanah Allah kepada manusia sebagai khalifah untuk dimanfaatkan. Penekanan kepada ilmu gunaan yang dipraktikkan oleh insan berakhlak akan menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran sejagat.

 

NILAI TERAS

 

·         Hubungan yang kuat dengan Yang Maha Pencipta.

·         Teguh dalam mempertahankan prinsip yang disepakati.

·         Kreatif dalam membuat keputusan yang bijaksana.

·         Cekal dalam menghadapi cabaran.

·         Proaktif dalam tindakan.