Kewangan Pelajar

Apr 02 2014

SOALAN 1

1.Apakah bantuan kewangan yang layak dipohon oleh setiap pelajar di UMP?

 Bantuan kewangan yang dimaksudkan boleh dibahagikan kepada:

1. Pinjaman Pelajar.

 Jenis bantuan ini merupakan kategori terbesar yang boleh dipohon oleh setiap pelajar. Ini merupakan bantuan kewangan yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan, kerajaan negeri dan swasta.

2. Biasiswa

Bentuk bantuan kewangan ini adalah tertakluk kepada keperluan semasa agensi-agensi yang dinyatakan di atas. Ini bermakna, agensi-agensi berkenaan adakalanya memerlukan tenaga kerja untuk organisasi mereka. Oleh itu, agensi tersebut akan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang terpilih dan menganugerahkan biasiswa mereka kepada pelajar berkenaan. Pelajar berkenaan dikehendaki menandatangani perjanjian yang menyatakan bahawa mereka akan bekerja dengan organisasi tersebut setelah mereka tamat pengajian tertakluk kepada perjanjian.

3. Tabung Bantuan Kewangan Semasa

Bentuk bantuan kewangan ini diberikan kepada pelajar yang gagal mendapatkan mana-mana penajaan dari mana-mana agensi kerajaan, kerajaan negeri dan swasta.

Kesemua kategori yang dinyatakan di atas layak dipohon oleh semua pelajar yang berdaftar dengan Universiti Malaysia Pahang yang mengikut pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagaimanapun, setiap pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat khusus yang dikuatkuasa di dalam setiap jenis bantuan kewangan tersebut, yang biasaya dinyatakan dalam “Syarat-syarat Permohonan” bagi setiap bantuan kewangan di atas.

SOALAN 2

Apakah agensi-agensi yang mengeluarkan pinjaman atau biasiswa?

Antara agensi-agensi yang mengeluarkan bantuan kewangan samaada dalam bentuk pinjaman mahupun biasiswa adalah seperti yang disenaraikan. Segala pemaklumann berkaitan biasiswa atau pinjaman akann dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan akhbar-akhbar berkaitan atau di agensi-agensi terbabit.

  • Cara untuk mendapatkan borang:

Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan cara mengisi borang permohonan agensi-agensi berkenaan yang boleh diperolehi di Unit Pembiayaan & Disiplin (sekiranya agensi terbabit membekalkan borang kepada UMP). Biasanya iklan-iklan akan dihebahkan secara notis untuk makluman dan tindakan pelajar (yang layak). Selain itu, pelajar boleh memohon borang permohonan dengan cara menulis sendiri kepada agensi-agensi berkenaan. 

  • Siapa yang layak memohon:

 Syarat-syarat kelayakan untuk memohon biasanya ada dinyatakan dengan jelas di dalam iklan-iklan ataupun  borang-borang permohonan.

  • Masa untuk memohon:

Pada kebiasaannya, tempoh permohonan ada dinyatakan dengan jelas dalam iklan-iklan atau borang-borang permohonan.

  • Keputusan permohonan:

Setiap permohonan yang berjaya atau gagal akan dimaklumkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (melalui e-comm) kepada pelajar-pelajar yang membuat permohonan.

Bagi pelajar yang memohon sendiri (tidak melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni), pelajar tersebut akan dimaklumkan mengenai status dan keputusan permohonan secara bersurat oleh agensi terbabit.

               

SENARAI PENAJA / AGENSI BIASISWA:

 

  • Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SABAH)
  • Yayasan Telekom Malaysia (YTM)
  • Yayasan TNB
  • Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  • Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBSM)
  • Elektrisola (M) Sdn Bhd
  • Tabung Pendidikan & Kebajikan Yayasan Pahang (TAPEN)
  • Yayasan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)
  • United Oversea Bank (Malaysia) Berhad
  • Yayasan Sabah
  • Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
  • Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA)
  • Yayasan Terengganu
  • Yayasan SCOMI 

 

AGENSI DERMASISWA:

 

  • Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Negeri Pahang
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
  • Lee Founddation
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Iman

 

AGENSI PINJAMAN

 

  • Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
  • Yayasan Negeri Sembilan
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
  • Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Yayasan Felcra
  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

 

SOALAN 3 

Bagaimanakah cara untuk membuat rayuan biasiswa/pinjaman? 

Rayuan pinjaman atau biasiswa atau apa-apa bentuk bantuan kewangan yang lain boleh dibuat oleh mana-mana pelajar sekiranya permohonan yang telah mereka kemukakan tidak berjaya.

  • Cara mengemukakan rayuan

Setiap rayuan hendaklah dikemukakan kepada agensi/penganjur berkenaan dengan cara menulis surat rasmi yang dibuat dalam dua salinan, melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bagi tujuan sokongan.

  • Jawapan rayuan 

Rayuan-rayuan yang telah dikemukakan hanya akan dijawab oleh penganjur dan tempoh jawapan keputusan rayuan adalah tertakluk kepada agensi/penganjur yang berkenaan.

 SOALAN 4

 Bagaimanakah cara untuk membuat penolakkan biasiswa/pinjaman? 

  • Tiada mana-mana pelajar yang dibenarkan menerima lebih dari satu bentuk bantuan kewangan samada biasiswa ataupun pinjaman ataupun apa-apa bentuk bantuan kewangan lain dalam satu-satu masa semasa mereka sedang mengikut mana-mana peringkat pengajian di Universiti ini.
  • Oleh itu, sekiranya seseorang pelajar itu telah menerima dan menandatangani dokumen perjanjian bantuan dengan mana-mana agensi/penganjur dan mereka bersetuju untuk menerima tawaran yang kedua itu, mereka hendaklah menolak tawaran yang pertama kali diterimanya. Penolakkan bermakna perjanjian yang telah dibuat pertama kali dengan agensi/penganjur terbabit adalah dengan sendirinya terbatal.
  • Cara mengemukakan penolakkan 

Penolakkan sesuatu pinjaman dari sesuatu agensi itu hendaklah dibuat secara rasmi iaitu dengan mengemukakan surat rasmi yang dibuat dalam dua salinan dan dikemukakan melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni untuk sokongan. Surat-surat penolakkan itu hendaklah menyatakan dengan jelas perkara-perkara berikut:

 1.Sebab-sebab penolakkan

2.Perjanjian yang dibatalkan itu adalah mulai sesi bila hingga bila (misalnya sesi 2007/2008 hingga sesi 2011/2012)

3. Menyatakan jumlah bantuan kewangan yang diterima sehingga penolakkan ini dibuat/ dikemukakan.

4. Menyatakan jumlah bayaran balik akan dibuat/ dibayar semula kepada agensi berkenaan Sebaik-baiknya sertakan bersama salinan surat tawaran dari agensi berkenaan sebagai bahan rujukan mereka.

  • Penolakkan juga boleh dibuat menggunakan borang penolakkan/pembatalan pinjaman yang disediakan oleh agensi/penganjur (sekiranya ada).

 SOALAN 5

Mengapakah ada bayaran pinjaman pelajaran yang cepat dan lambat walaupun di bawah satu penganjuran yang sama?

  • Perkara ini biasa berlaku kepada semua pelajar yang baru pertama kali mengisi dokumen perjanjian pinjaman pelajaran.
  • Ada beberapa faktor yang menyebabkan kelewatan bayaran pinjaman ini berlaku ke atas pelajar. Untuk makluman, semua pembayaran pinjman adalah diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Bendahari.
  • Antara faktor utama yang menyebabkan kelewatan itu adalah:

1.Jabatan Bendahari belum mendapat “arahan bayar” kepada pelajar yang terlibat.

2.Ada kemungkinan dokumen-dokumen perjanjian belum lengkap diisi ataupun perlukan  penambahbaikan pada dokumen perjanjian pinjaman/biasiswa pelajar.

SOALAN 6

Bagaimana hendak membayar yuran, jika lewat menerima bayaran pinjaman?

  • Pelajar-pelajar tidak perlu risau tentang perkara ini kerana semua pelajar yang mempunyai penganjur tidak perlu membuat bayaran yuran kerana Jabatan Bendahari akan memotong bayaran yuran berkenaan daripada pinjaman pelajaran yang akan diterima kelak. Manakala bayaran selebihnya akan dibayar kepada pelajar. Bagi pelajar yang tidak mempunyai penganjur, mereka perlu menjelaskan sendiri yuran pengajian masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak Universiti Malaysia Pahang.

SOALAN 7

Apakah syarat-syarat yang membolehkan sesuatu pinjaman pelajaran ditukar kepada status biasiswa?

  • Sebagaimana yang pelajar sedia maklum, semua pinjaman perjanjian pelajaran dari penganjur-penganjur seperti MARA dan PTPTN adalah Perjanjian Boleh Ubah ataupun Convertible Loan. Oleh itu, sebagai penganjur pihak berkenaan memang telah mempunyai beberapa ketetapan dan kriteria bagi seseorang pelajar yang ditaja oleh agensi berkenaan menukar taraf pinjaman kepada biasiswa. Di antara kriteria yang ditetapkan oleh sebahagian besar penganjur terutamanya dua penganjur di atas ialah:

i. Pencapaian akademik pelajar mestilah baik. Garis panduan asal ialah pelajar mestilah mendapat Ijazah Kepujian Kelas Pertama.

ii.Menamatkan pengajian dalam tempoh pengajian yang  telah ditetapkan.

iii.Tidak mempunyai masalah disiplin.

  • Bagi pelajar-pelajar yang menerima penajaan lain di samping PTPTN, menukar jurusan, peringkat pengajian dan IPT tanpa kelulusan PTPTN; atau melanggar mana-mana syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman pendidikan tidak akan dipertimbangkan untuk kemudahan pelepasan bayaran balik pinjaman.
  • Cara memohon:

Setiap pelajar yang layak mestilah mengemukakan surat permohonan rasmi dengan menggunakan borang yang disediakan (sekiranya ada) kepada penganjur yang berkenaan bagi tujuan mengubah status pinjaman kepada biasiswa. Setiap permohonan hendaklah dikemukan bersama semua salinan keputusan peperiksaan setiap semesta pengajian yang disahkan benar, termasuk keputusan semester terakhir pengajian dan salinan Ijazah Kepujian Kelas Pertama.

SOALAN 8

Apakah perbezaan di antara pindah tempoh pinjaman/biasiswa perlanjutan pinjaman/biasiswa, dan kenaikan kadar pinjaman/biasiswa?

  • Pindah Tempoh adalah permohonan untuk membuat pindah di dalam tempoh tawaran tajaan yang tidak sama dengan tempoh pengajian yang telah ditetapkan oleh Universiti.
  • Perlanjutan adalah permohonan untuk membuat tambahan di dalam tempoh tajaan, disebabkan tidak dapat menamatkan pengajian sepertimana yang telah ditetapkan oleh Universiti/penaja. Antara sebab-sebab yang membolehkan permohonan perlanjutan dibuat adalah:

i.Perlanjutan kerana perubahan struktur pengajian oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menyebabkan pertambahan tempoh pengajian.

ii. Perlanjutan kerana masalah kesihatan.

iii. Perlanjutan kerana penangguhan pengajian yang dibenarkan oleh IPT dan pelajar belum menerima bayaran semasa tempoh penangguhan pengajian

iv. Perlanjutan kerana kesilapan teknikal semasa pengisian borang permohonan di mana tempoh pinjaman yang dipohon lebih pendek berbanding tempoh pengajian sebenar.

  • Permohonan pelanjutan tempoh pinjaman pendidikan hendaklah dikemukakan melalui Unit Pembiayaan & Disiplin dengan melengkapkan borang yang disediakan sebaik sahaja disahkan keperluan perlanjutan berdasarkan salah satu daripada kategori di atas.
  • Kelulusan permohonan perlanjutan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa.
  • Kenaikan Kadar Pinjaman biasanya melibatkan Pinjaman PTPTN. Pelajar yang ingin memohon kenaikkan kadar pinjaman perlu mengisi borang yang boleh didapati di Unit Pembiayaan & Disiplin. Kelulusan permohonan bergantung kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penaja.

SOALAN 9

Apakah prosedur yang perlu dibuat jika ingin membuat perlanjutan biasiswa/pinjaman?

Semua perlanjutan biasiswa/pinjaman untuk semua agensi penganjuran perlu dikemukan dengan mengisi borang perlanjutan yang telah disediakan di Unit Pembiayaan & Disiplin.

SOALAN 10

Bilakah borang permohonan perlanjutan perlu dikemukakan?

  • Masalah yang biasa berlaku dengan pelajar yang terlibat dengan perlanjutan ini ialah mereka tidak menghantar permohonan masing-masing pada masa yang telah ditetapkan seperti di dalam Prosedur Permohonan Perlanjutan Pinjaman.  Ada pula antaranya yang menghantar terlalu awal dan ada pula yang menghantar terlalu lewat.
  • Keputusan permohonan perlanjutan adalah di atas budi bicara atau kelulusan daripada pihak penaja berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang tertentu iaitu:

i. Prestasi akademik semasa – CPA

ii. Disiplin

iii. Bilangan semester perlanjutan yang dimohon

iv. Peruntukan semasa

  • Keputusan permohonann akan dimaklumkan dalam tempoh empat atau lima bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.

SOALAN 11

Bolehkah permohonan perlanjutan pinjaman untuk semester-semester di luar sesi aktif dikemukakan sebelum sesi berkenaan bermula?

  • Bagi memudahkan permohonan dipertimbangkan oleh pihak penganjur untuk kelulusan, setiap permohonan perlanjutan pinjaman pelajar mestilah boleh dinilai berdasarkan dokumen-dokumen sokongan seperti keputusan peperiksaan terkini bagi tiap-tiap semester pengajian.

 SOALAN 12

Apakah prosedur penangguhan pengajian bagi pelajar-pelajar yang berpenganjur?

  • Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap pelajar berpenganjur untuk memohon secara bertulis kepada penganjur masing-masing sekiranya mereka terlibat di dalam penangguhan pengajian, samaada disebabkan masalah kesihatan, tatatertib atau “atas nasihat fakulti”. Permohonan ini perlu dikemukakan kepada pihak penganjur walaupun pihak Universiti (Bahagian Pengurusan Akademik) ada mengemukakan satu salinan surat jawapan kelulusan tangguh pengajian kepada pihak penganjur. Rasionalnya adalah kerana permohonan penangguhan pengajian hendaklah dikemukan oleh pelajar sendiri, sebagaimana yang disyaratkan di dalam perjanjian pinjaman pelajaran sendiri, sebagaimana yang disyaratkan di dalam perjanjian pinjaman pelajar. Sebaik-baiknya permohonan tangguh pengajian ini dikemukakan bersama-sama surat permohonan pelajar, salinan jawp[an dari pihak Universiti hendaklah dikirimkan kepada penganjur bersama-sama surat rasmi permohonan dari pelajar.
  • Permohonan yang dibuat hendaklah dengan jelas menyatakan perkara-perkara berikut:

i. Sebab-sebab penangguhan

  • Sekiranya penangguhan disebabkan masalah kesihatan, perlu salinan laporan perubatan,
  • Sekiranya penangguhan disebabkan masalah akademik, perlu laporan prestasi akademik daripada fakulti,
  • Sekiranya penangguhan disebabkan masalah disiplin, perlu salinan surat hukuman tatatertib dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni ii. Salinan keputusan peperiksaan semasa semester sehingga tahun pengajian terkini

iii.Pengesahan daripada Jabatan Bendahari, menyatakan semester terakhir pelajar menerima atau tidak menerima bayaran biasiswa/pinjaman

iv.Salinan surat permohonan penangguhan pengajian yang dikemukakan kepada Universiti/fakulti. Pelajar juga perlu melaporkan kepada penganjur setelah menyambung semula pengajian

 

SOALAN 13

 

Bolehkah penyambungan pinjaman JPA/MARA/PTPTN dibuat jika melanjutkan pengajian dari peringkat Diploma ke Ijazah Sarjana Muda?

 

  • Pelajar-pelajar yang pernah menerima Pinjaman Pelajaran dari MARA/JPA/PTPTN semasa di peringkat Diploma dan berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda perlu mengisi semula borang permohonan. Ini bermakna, tidak semestinya pelajar-pelajar yang ditaja semasa peringkat Diploma akan diteruskan tajaannya oleh MARA/JPA/PTPTN di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

 

  • Prosedur mengisi borang permohonan MARA/JPA/PTPTN adalaj sama seperti mana-mana permohonan yang baru pertama kali dibuat. 

 

SOALAN 14

 

Apakah yang perlu dibuat oleh pelajar berpenganjur yang bertukar kursus?

 

  • Jika pelajar berkeinginan atau mengambil keputusan menukar kursus, tetapi telah ditaja, maka adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memohon atau merujuk pertukaran kursus dengan penaja. Sekiranya ini tidak dilakukan, penaja berhak menamatkan bantuan kewangan pelajar seringkali membelakangkan penaja dalam keputusan menukar kursus dan ini menimbulkan masalah kepada pelajar sendiri apabila penaja tamat.

 SOALAN 15

Apakah yang menyebabkan pinjamam PTPTN ditahan?

  •  Bayaran pinjaman PTPTN kerana sebab-sebab berikut:

i. Menangguhkan pengajian

ii. Mendapat keputusan peperiksaan kurang daripada Purata Nilai

  • Gred semester (G.P.A) 2.0. Kaedah penahanan seperti di Jadual 1.                             

Semester Pengajian

G.P.A

Status Penahanan Bayaran

Semester 1 Sesi 2007/2008

<2.0

Dibayar

Semester 2 Sesi 2007/2008

2.0

Dibayar

Semester 1 Sesi 2008/2009

<2.0

Ditahan berasaskan keputusan peperiksaan Semester 1 Sesi 2007/2008

Semester 2 Sesi 2008/2009

2.0

Ditahan berasaskan keputusan peperiksaan Semester 2 Sesi 2007/2008

Semester 1 Sesi 2009/2010

2.0

Ditahan berasaskan keputusan peperiksaan Semester 1 Sesi 2008/2009