PROFESOR DATO' DR. YUSERRIE BIN ZAINUDDIN

SELAMAT DATANG KE PORTAL  HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (JHEPA)

Read more

Aktiviti Terkini

Sat Apr 22 @ 8:00AM - 05:00PM
MECHAPRO: TRIUMP, UMP PEKAN
Sat Apr 22 @ 8:00AM - 05:00PM
JANPU: FIGHT FOR TIME 2017
Sun Apr 23 @ 8:00AM - 05:00PM
MECHAPRO: TRIUMP, UMP PEKAN

Berita

May 21 2012

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

 

HUKUMAN/ TINDAKAN TATATERTIB BAGI PELANGGARAN PERATURAN PEPERIKSAAN

 

Berikut dimaklumkan beberapa peraturan berkenaan larangan - larangan semasa di dewan peperiksaan yang WAJIB dipatuhi oleh semua pelajar. Siswa - siswi DILARANG keras :

 

(a) membawa apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain, kecuali yang dibenarkan oleh pemeriksa, ke dalam atau ke luar dari sesuatu bilik peperiksaan, atau menerima apa-apa buku, kertas kerja kerja, dokumen, gambar atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa berada di dalam bilik peperiksaan, kecuali seseorang pelajar boleh, semasa dia berada di dalam bilik peperiksaan, menerima daripada pengawas peperiksaan apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain yang dicadangkan oleh pemeriksa atau Jawatankuasa Pemeriksa, dan dibenarkan oleh Naib Canselor;

 

(b)menulis, atau mendapatkan orang lain untuk menulis, apa-apa maklumat atau gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di atas tangannya atau di atas mana - mana bahangian lain tubuhnya, atau di atas pakaiannya;

 

(c) berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu peperiksaan sedang berjalan melalui apa-apa jua cara; atau

 

(d) menipu atau meniru atau cuba untuk menipu atau cuba untuk meniru atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau meniru atau cuba untuk menipu atau cuba untuk menirudalam sesuatu peperiksaan , semasa peperiksaan itu sedang dijalankan.

 

Keingkaran anda akan mengakibatkan tindakan tatatertib dan jika disabit kesalahan anda akan dikenakan hukuman mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti berikut:

 

(a) amaran;


(b) denda tidak melebihi Dua ratus ringgit;

 

c) dilarang berada atau memasuki mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan;

 

(d) digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;

 

(e) dipecat daripada Universiti.

 

Sila ambil perhatian serius terhadap peringatan ini. Selamat menjalani Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi akademik 2013/2014 dan SELAMAT MAJU JAYA.

Sekian terima kasih.

Galeri

Video