PROFESOR DATO' DR. YUSERRIE BIN ZAINUDDIN

SELAMAT DATANG KE PORTAL  HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (JHEPA)

Read more

Aktiviti Terkini

Sat Apr 22 @ 8:00AM - 05:00PM
MECHAPRO: TRIUMP, UMP PEKAN
Sat Apr 22 @ 8:00AM - 05:00PM
JANPU: FIGHT FOR TIME 2017
Sun Apr 23 @ 8:00AM - 05:00PM
MECHAPRO: TRIUMP, UMP PEKAN

Berita

May 21 2012

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

PERINGATAN PENTING: LARANGAN MENIPU,MENIRU ATAU CUBAAN UNTUK MENIPU SEMASA PEPERIKSAAN

Sempena minggu peperiksaan akhir Semester 2 sesi 2013/2014 yang akan dijalankan pada 9 Jun  - 27 Jun 2014, Para pelajar diingatkan untuk mematuhi segala peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum peperiksaan dijalankan.

 2.       Secara tegasnya, tindakan keras akan  diambil terhadap siswa dan siswi yang didapati dengan sengaja, sambil lewa, terbawa apa-apa bahan dan cubaan menipu/meniru yang boleh menimbulkan syak dan keraguan semasa berada di dalam dewan peperiksaan.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI

 3.       Peringatan ini merupakan amaran keras kepada mana-mana pelajar yang ingkar dan berniat untuk melakukan tindakan  seperti yang dinyatakan di atas.Tiada kompromi atau budi bicara diberikan kepada setiap kesalahan yang telah dilakukan

4.       Keingkaran saudara dan saudari untuk mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib dan dihadapkan ke Tribunal Tatatertib Pelajar. Lanjutan dari itu sebarang laporan prosiding tatatertib boleh diserahkan kepada penaja pinjaman pelajaran dan ibu-bapa untuk tindakan selanjutnya.

 5.       Diharapkan dengan peringatan ini dapat memberi peluang kepada saudara dan saudari untuk lebih bersedia dan tidak mengambil jalan pintas untuk mencapai kejayaan

 Sekian, terima kasih. &  SELAMAT MAJU JAYA

 Bahagian Pengurusan, Kebajikan & Perhubungan Alumni

 

Galeri

Video