|
KONVENSYEN MATEMATIK MALAYSIA 2012 (KONMAT'12) |
|
|
|
|
Written by Nurul Aisha bt Md Yusof
|
|
Friday, 27 January 2012 10:48 |
|
Assalammualaikum wbt & Salam 1Malaysia.
Sukacita dimaklumkan bahawa Himpunan Mahasiswa Matematik (HIMMAT) 2011/2012 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT akan menganjurkan Konvensyen Matematik Malaysia 2012 (KONMAT'12) yang akan mengikut ketetapan di bawah:
-
Tarikh : 10 Mac 2012 (Sabtu)
-
Tempat : Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu, Terengganu
-
Penyertaan : 15 orang pelajar bagi setiap IPT
Program ini bermatlamat untuk membentuk personaliti terpuji setanding dengan status pelajar universiti serta membincangkan hala tuju masa hadapan bagi mahasiswa pengajian bidang Matematik. Program ini juga mampu menjadi pentas bagi mahasiswa Matematik untuk berkongsi idea dan mendedahkan bidang-bidang penyelidikan Matematik serta kepakaran yang ada di pusat pengajian masing-masing.
Kepada yang berminat, sila e-mel maklumat lengkap (nama penuh, no ic, no telefon dan fakulti) kepada Pn. Aisha di
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
selewat-lewatnya sebelum 14 Februari 2012, Selasa pada pukul 5.00 petang. |
|
Last Updated on Friday, 27 January 2012 10:58 |
|
|
JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR KECELARUAN IDENTITI BELIA; DI MANA PENYELESAIANNYA? |
|
|
|
|
Written by Nurul Aisha bt Md Yusof
|
|
Friday, 27 January 2012 10:25 |
|
Assalammualaikum wbt & Salam 1Malaysia.
Untuk makluman, suatu seminar yang bertajuk Kecelaruan Identiti Belia; Di Mana Penyelesainya? akan diadakan sebagai suatu inisiatif Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Negeri Pahang bertujuan menyedarkan para belia Islam daripada kemelut masalah-masalah belia yang berlaku hari ini lalu mengemukakan penyelesaian mengikut kaedah yang dianjurkan oleh Islam.
Butir-butir seminar adalah mengikut ketetapan berikut:
-
Tarikh : 18 Februari 2012 (Sabtu)
-
Tempat : Kuantan, Pahang
-
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Sehubungan dengan itu, pihak PEMBINA Cawangan Negeri Pahang ingin menjemput pemimpin-pemimpin mahasiswa khasnya dan para mahasiswa seluruhnya untuk bersama-sama menjayakan seminar yang penting ini.
Kepada yang berminat, sila sahkan kehadiran dengan mengemukakan nama penuh, no ic, no telefon dan fakulti kepada saya, Pn. Aisha (
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
) selewat-lewatnya sebelum Rabu, 1 Februari 2012.
Sekian, terima kasih. |
|
Pembinaan Gymnasium Kolej Kediaman 2 |
|
|
|
|
Written by MOHAMMAD HAKIMI BIN KAMARUDIN
|
|
Thursday, 26 January 2012 10:25 |
|
Januari 2012, Pihak Universiti Malaysia Pahang telah melantik kontraktor untuk menjalankan kerja – kerja pembinaan Gymnasium yang baru di Kolej Kediaman 2. Kerja-kerja pembinaan gymnasium ini bertujuan menyediakan kemudahan bersukan dan kesihatan, keselesaan serta menjaga kebajikan pelajar. Ruang gymnasium ini akan dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan bersukan indoor dan outdoor .Dengan adanya pembangunan kemudahan di Kolej Kediaman 2 sedikit sebanyak dapat memenuhi pencapaian ke arah Kolej Kediaman yang kondusif.


|
|
STATUS PERMOHONAN TANGGUH/TUNDA/BATAL AKTIVITI |
|
|
|
|
Written by Nurul Aisha bt Md Yusof
|
|
Thursday, 26 January 2012 09:45 |
|
Assalammualaikum wbt & Salam 1Malaysia.
Berikut adalah senarai Permohonan Tangguh/Tunda Aktiviti yang telah diluluskan:
|
NO DAFTAR |
PROGRAM |
KELAB/PERSATUAN |
TARIKH ASAL |
TARIKH BARU |
|
122/2011 |
Pertandingan Bola Sepak & Bola Tampar Pantai Tertutup UMP |
Majlis Sukan Pelajar (MSP) |
18 - 20 Nov 2011 |
3 - 4 Mac 2012 |
|
232/2011 |
Mesra Desa 2011 |
Chemical Engineering & Student Society (CHEST) |
13 - 15 Januari 2012 |
24 - 26 Februari 2012 |
|
262/2011 |
Ekspedisi Pengukuhan Jeris |
Kelab PEMADAM |
11 - 13 Nov 2011 |
3 Mac 2012 |
Kepada wakil kelab/persatuan terbabit, sila ambil Surat Kelulusan tersebut di 'pigeon hole' kelab/persatuan anda di Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (SAffAD) melalui Pintu Masuk Ke-2.
PERINGATAN! Sila majukan LAPORAN AKTIVITI dalam bentuk 'soft copy' (CD) dan LAPORAN KEWANGAN bersama RESIT-RESIT ASAL yang telah disahkan oleh pegawai pengiring/penasihat selewat-lewatnya 14 hari selepas program dijalankan.
Sekian, terima kasih. |
|
Last Updated on Thursday, 26 January 2012 09:46 |
|
PROGRAM PEMANTAPAN AKADEMIK 2012 BAGI ATLET SUKAN UMP DAN MPP |
|
|
|
|
Written by SITI MUSLIHA BT MOHAMED
|
|
Wednesday, 25 January 2012 12:33 |
|

Kecemerlangan adalah satu perkara yang sering diharapkan oleh semua manusia di atas muka bumi ini. Namun begitu untuk mencapai kecemerlangan bukanlah semudah yang diharapkan. Pengorbanan yang tinggi amat diperlukan samaada dari segi material, masa serta tenaga adalah amat diperlukan apatah lagi apabila kecemerlangan yang diperlukan oleh seorang atlet dan juga pemimpin.
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Senat tahun 2011 kemerosotan akademik dikalangan atlet dan juga Majlis Perwakilan Pelajar amatlah membimbangkan. Oleh yang demikian Bahagian Kaunseling dan Kerjaya JHEPA telah di arahkan untuk merangka satu program bagi membantu mereka.
|
|
Last Updated on Wednesday, 25 January 2012 13:47 |
|
Read more...
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
|
Page 1 of 2 |